AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT DALAM FILEM TELAH MEMPENGARUHI PARA PENONTON DAN MASYARAKAT.
JABATAN PERDAGANGAN
DIPLOMA SAINS KESETIAUSAHAAN
DUA 6022
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
E-FOLIO
JUN 2019
NAMA
|
1.
NUR ZAHIRAH ZAWANI BINTI ZUBRI
25DSK17F1008
2.
NURANISA BINTI AIDEE ZARIN
25DSK17F1024
3.
SALIMAH BINTI SAIDIN
25DSK17F1030
4.
NUR SABRINA ASYIQIN BINTI ROSLI
25DSK17F1044
5.
NUR ATIQAH BINTI MAT SOBRI
25DSK17F1046
|
KELAS
|
DSK 5
|
NAMA PENSYARAH
|
USTAZAH
ANI RAIHANA BINTI ROSLI
|
BIL.
|
ISI
KANDUNGAN
|
CATATAN
|
1.
|
PENGHARGAAN
|
|
2.
|
KAJIAN
·
PEMILIHAN TAJUK
·
BENTUK KAJIAN
·
OBJEKTIF KAJIAN
|
|
3.
|
PENGENALAN
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
|
|
4.
|
PENGERTIAN
KHURAFAT DAN SYIRIK
|
|
5.
|
CARA
MENGATASI MASALAH AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT DALAM FILEM
|
|
6.
|
KESIMPULAN
|
|
7.
|
RUJUKAN
|
PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan
limpah kurnia dan izinNya kami dapat melaksanakan E-Folio ini bagi memenuhi
sebahagian daripada keperluan kursus yang kami ambil, Diploma Sains
Kesetiausahaan(DSK) di dalam subjek DUA 6022 Komunikasi dan Penyiaran Islam.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada pensyarah subjek, Ustazah Ani Raihana binti Rosli yang telah
banyak memberikan bimbingan dan nasihat sepanjang kami melaksanakan E-Folio ini
sehingga tugasan ini dapat disiapkan. Terima kasih juga kami ucapkan kepada
rakan-rakan dan ahli keluarga yang banyak memberikan dorongan dan bantuan
kepada kami untuk menyelesaikan tugasan ini pada jangka masa yang telah
ditetapkan.
Akhir sekali, terima kasih
kepada semua pihak yang telah membantu kami tidak kira secara langsung mahupun
tidak langsung. Semoga Allah memberikan balasan yang lebih baik kepada kalian. Harapan kami agar tugasan yang kami hasilkan ini dapat menambah ilmu
pengetahuan kami dan orang lain serta diharapkan tugasan ini dapat memberi
manfaat kepada masyarakat sekililing.
Terima
kasih ;)
PEMILIHAN TAJUK
Pada 23 September 2019 yang lalu, kami kami telah
diberikan tugasan E-Folio ini oleh Ustazah Ani Raihana Binti Rosli. Kami telah
memilih tajuk “Amalan Syirik dan Khurafat dalam Filem telah Mempengaruhi Para
Penonton dan Masyarakat.”
BENTUK KAJIAN
Bentuk kajian yang kami gunakan
dalam tugasan E-Folio ini adalah berbentuk laporan dan dilaksanakan secara maya
serta akan dimuat naik di dalam blog.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dilakukan adalah untuk
mengenal pasti cabaran-cabaran yang wujud dalam komunikasi dan penyiaran Islam,
di samping mengetahui tentang lankah-langkah yang berkesan untuk mengatasi
cabaran yang ada.
Selain itu, mempraktikkan cara
berkomunikasi yang betul di samping
mengetahui tentang langkah-langkah yang berkesan untuk mengatasi cabaran yang ada.
PENGENALAN KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
Komunikasi
merupakan aktiviti utama dalam kehidupan manusia. Keperluan manusia untuk
berhubung sesama sendiri, diakui oleh hampir semua manusia sejak zaman Nabi
Adam a.s. dan Hawa. Namun komunikasi pada masa ini lebih maju, mudah dan hebat
terutamanya bagi individu yang menggunakan telefon pintar.
Komunikasi
merupakan antara aspek yang penting dalam kehidupan seharian kita. Komunikasi
tidak hanya berlaku melalui percakapan, bahkan ia juga boleh berlangsung
melalui pendengaran, penulisan, pembacaan dan gerak badan. Kesemuanya
memerlukan kepakaran yang harus dipelajari.
Penyiaran
Islam adalah sesuatu aktiviti yang dipancarkan kepada khalayak berasaskan
nilai-nilai keagamaan dan terjamin kebenarannya serta membawa keselamatan dalam
kehidupan dunia dan kehidupan akhirat.
Kewujudan penyiaran Islam di
Malaysia telah membawa satu sinar baharu kepada masyarakat di negara ini. Jika
dilihat pada masa kini, dakwah perlu disampaikan kepada masyarakat melalui
medium yang menarik dan cepat.
PENGERTIAN
KHURAFAT DAN SYIRIK
AMALAN
SYIRIK DAN KHURAFAT DALAM FILEM TELAH MEMPENGARUHI PARA PENONTON DAN
MASYARAKAT.
Ramai dalam kalangan masyarakat gemar menonton filem yang
bergenre seram. Hal ini sebenarnya mendorong mereka berasa takut kepada objek
yang dijelmakan melalui tontonan filem, seterusmya menimbulkan kepercayaan
bahawa objek tersebut boleh mendatangkan keburukan kepada mereka. Menurut
Tengku Intan (2001), mentaliti masyarakat Melayu masih lagi dibelenggu oleh
unsur-unsur tahyul dan khurafat. Menurut kitab Al-Mu’jam Al-Wasit, khurafat
ialah cerita-cerita yang mempersonakan yang dicampur-adukkan dengan perkara
dusta.
Khurafat adalah perkataan Arab yang di
asaskan dari akar kata: خرف خرافة خرافات . Mengikut Kamus Al-Marbawi, khurafat ialah sebarang
cerita yang benar-benar dusta. Khurafat
maksudnya kepercayaan karut yang direka-reka dan diadakan untuk membentuk suatu
keyakinan tentang akan berlakunya baik atau buruk terhadap sesuatu kerja
berpandukan kepada perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlaku dengan
mentafsirkan kejadian itu akan membawa bala bencana atau membawa tuah
keberuntungan.
Syirik pula adalah suatu
perbuatan (dalam sikap dan, atau niat) terutama menyangkut aqidah di mana
seseorang melakukan sesuatu bukan sepenuhnya kerana Allah SWT atau secara
sedar mencampur baurkan ke-esaan zat Allah SWT dengan unsur-unsur lain yang
menurut ajaran Islam dapat diertikan sebagai perbuatan menyekutukan Alah
SWT.
CARA MENGATASI MASALAH AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT
DALAM FILEM
PERANAN DIRI SENDIRI
I. Memandangkan dunia kini semakin moden, alat elektronik memberikan
pengaruh yang besar terhadap kepada
semua golongan manusia. Jadi seseorang muslim perlu pandai mengawal dan bukan
teknologi yang mengawal kita. Kita perlu pandai menggunakan teknologi dengan
betul supaya Allah tidak murka.
PERANAN IBU BAPA
I. Ibu bapa haruslah sentiasa memeriksa telefon bimbit anak
anak mereka supaya mengelakkn daripada anak mereka menoton video syirik dan
khurafat
II. Ibu bapa juga boleh menyekat pengunaan youtube kepada
anak mereke supaya mengahalang anak mereka untuk tidak melayari laman sesawang
yang membawa unsur kepada perbuatan syirik dan khurafat
III. Memberi pendedahan awal kepada anak anak mereka supaya
menghindari daripada melakukan amalan syirik dan khurafat
MEDIA MASSA
I. Menyiarkan video tentang keburukan melakukan amalan
syirik dan khurafat pada waktu puncak supaya masyarakat sedar tentang bahaya
amalan tersebut
II. Media cetak juga perlu menulis dan menerbitakn suatu
artikel tentang keburukan melakukan amalan syirik dan khurafat supaya amalan
itu dapat di bendung
PIHAK SEKOLAH
I. Memberi pembelajaran kepada pelajar tentang amaln syirik
dan khurafat supaya pelajar tahu tentang keburukan amalan itu
II. Guru boleh memberi Penerapan yang lebih mantap dalam
silibus amalan syirik dan khurafat supaya memberi kesedaran kepada pelajar
PIHAK KERAJAAN DAN PENERBITAN
I. Menyekat dan menapis laman sesawang yang berunsurkan
amalan syirik dan khurafat tersebut supaya tidak di layari oleh lain
II. Memberi denda yang setimpal kepada pengamal amalan syirik dan khurafat
III. Syarikat penerbitan boleh menghasilkan satu drama ataupun cerita tentang
amalan khurafat dan syirik yang memberikan keburukan dalam diri seseorg
contohnya dalam episode Tanah Kubur Di Astro
IV. Mengadakan kempen-kempen kesedaran bahananya amalan syirik dan
khurafat terhadap diri, masyarakat, agama dan negara.
V. Kerajaan juga perlu meletakkan topik " AMALAN KHURAFAT DAN
SYIRIK " dalam buku-buku agama yang diterbitkan untuk proses pembelajaran
supaya anak-anak muda sedar dan menjauhi amalan syirik dan khurafat.
PERANAN MASYARAKAT
I. Masyarakat Melayu memang terkenal dengan adat-adat resam dan
kepercayaan yang menjadi warisan sepanjang zaman. Namun, kita perlu tahu yang
ada dia antara adat-adat dan kepercayaan tersebut adalah perbuatan khurafat dan
syirik. Kita mestilah menjauhi dan sekaligus menghapuskan adat-adat yang boleh
menyebabkan kita menjadi seorang yang musyrik
KESIMPULAN
Secara rumusannya, kami
telah peroleh pelbagai pengajaran dan pengetahuan yang baik daripada kajian
ini. Antara pengajaran yang kami peroleh ialah sebagai umat Islam, kita
diwajibkan bertawakal dan hanya bergantung kepada Allah selepas berusaha
bersungguh-sungguh dalam sesuatu pekara yang dihajati. Terutama sekali dalam
melakukan tugas-tugas harian sebagai khalifah di bumi ini. Sebagai contoh,
pengajaran yang kami dapat daripada perwatakan Ustaz Adam dalam filem Munafik.
Beliau sentiasa bertawakal kepada Allah sama ada berada dalam keadaan susah
mahupun senang.
Di samping itu, kita
hendaklah percaya bahawa meminta bantuan kepada makhluk lain selain Allah
seperti jin dan syaitan akan memberikan kesan yang memudaratkan dan bukannya
memperoleh manfaat dari apa yang diminta. Hal ini kerana tiada yang lebih
berkuasa melainkan Allah malah tindakan ini akan mengakibatkan pemikiran umat
islam terbelenggu dalam akidah sesat. Contohnya, melalui perjanjian syaitan dan
iblis dalam lakonan Pak Osman, beliau telah menggunakan ilmu hitam untuk
memuaskan hatinya terhadap Ustaz Adam.
Tambahan pula, sebagai
seorang anggota masyarakat yang prihatin terhadap persekitaran, kita perlulah
sentiasa tegas dalam membanteras dan membendung masalah yang berkaitan
pengamalan unsur-unsur khurafat dalam kalangan masyarakat. Segala kegiatan khurafat
yang berlebihan dalam industri perfileman perlulah dielakkan dan dihapuskan.
Mungkin perkara ini tidaklah memberi impak yang besar dalam keseluruhan
masyarakat tetapi jika dibiarkan lama ianya pasti memberi kesan buruk kepada
keseluruhannya. Firman Allah dalan surah Yunus ayat 106, “Dan janganlah engkau
menyembah atau memuja yang lain daripada Allah, yang tidak dapat mendatangkan
manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudharat kepadamu. Sekiranya
engkau mengerjakan yang demikian maka jadilah engkau orang-orang yang berlaku
zalim”. Maka dengan itu seharusnya kita lebih berwaspada dalam penghasilan
filem yang berunsur khurafat tanpa tapisan dari pihak berkuasa akan tersebar
meluas dalam negara.
Akhir sekali, kita
haruslah berpegang teguh dengan ajaran agama Islam dan juga sentiasa memahami
dan mendalami ilmu Al-Quran dan Sunnah bagi mengelakkan amalan khurafat ini
terus berleluasa dalam kalangan masyarakat khusunya masyarakat Islam kita
sendiri. Sebagai khalifah di bumi, kita juga sentiasa dituntut untuk sentiasa
taat segala perintah dan meninggalkan segala-Nya, apatah lagi jika perbuatan
kita itu berunsurkan khurafat.Oleh itu, dalam kita berseronok dalam hiburan
duniawi, perlu beringat agar tidak terjerumus kepada perkara yang boleh merosakkan
akidah sebagai seorang umat Islam. Hiburan sememangnya tidak salah dalam Islam
tetapi tidak harus melanggar batas yang telah ditetapkan syariat. Penggiat seni
perfileman tanah air perlu berhati-hati dalam menggarap skrip dalam setiap
filem mereka agar tidak terpesong dari ajaran Islam. Bagi para penonton pula
tidak seharusnya terlalu taksub dengan hantu yang hanya rekaan manusia
semata-mata sedangkan kita harus lebih takut kepada azab Allah s.w.t. Ingatlah
bahawa Allah s.w.t merupakan pencipta sekalian makhluk.
Rasulullah SAW melarang berjumpa tukang tenung
(kuhhan) dalam sabda bermaksud: “Sesiapa
yang menjumpai tukang tenung, kemudian ia bertanyakan kepadanya sesuatu,
ditutup baginya pintu taubat selama 40 malam.” (Hadis riwayat Tabarani)
RUJUKAN
III. Buku teks Komunikasi Dan Penyiaran Dalam Islam

Comments
Post a Comment